fbpx
In this article

Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Au Ai Leen, seorang usahawan berusia 38 tahun, telah membawa sebahagian dari Johor ke Lembah Klang melalui rasa traditsional yang mempunyai legasi hampir 50 tahun.

Selepas mentakrifkan semula resepi mee sup daging keluarganya, pengarah Tangkak Beef Noodle House, Ai Leen bersama suaminya memutuskan untuk memenuhi pasaran halal pada tahun 2023 sambil mengekalkan hubungan mereka warisan masakan Tangkak.

Kisah Tangkak Beef Noodle House menjangkau generasi dan permulaannya sederhana. Pada tahun 1976, bapa Ai Leen, Au Ah Kuang, menubuhkan sebuah gerai makanan kecil bernama Restoran Kuang Fei berhampiran perhentian bas di Tangkak, Johor.

Di sinilah Ah Kuang memperkenalkan masakan keluarganya untuk mee sup daging Hainan. Apa yang menarik tentang mee sup dagingnya ialah kuah lazat yang diperbuat dari resipi rahsia keluarga yang diturunkan turun-temurun.

Menurut Ai Leen, Ah Kuang merupakan seorang pelopor mi daging di Malaysia. Hari ini, legasi keluarganya berterusan melalui Tangkak Beef Noodle House, di mana keaslian dan inovasi bergabung untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Untuk menjamu selera pelanggan beragama Islam

Walaupun diilhamkan resipi asal Kuang Fei, Tangkak Beef Noodle House telah mengukir laluannya sendiri dengan memberi lebih tumpuan kepada pasaran halal. Untuk konteks, jenama Tangkak Beef Noodle House ini mempunyai dua cawangan di Kuchai Lama dan Puchong yang tidak halal pada masa pengarangan artikel ini. Maka, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak terdahulu sebelum mengunjungi restorannya.

Cawangan halal pertama restoran ini dibuka oleh Ai Leen dan suaminya di Tropicana Gardens Mall tahun lepas. Ini diikuti oleh cawangan keduanya di Berjaya Times Square baru-baru ini.

“Sejak memperoleh sijil halal kami untuk cawangan Tropicana Gardens Mall, kami telah menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 30% yang didorong oleh kepercayaan dan keyakinan pelanggan Muslim,” katanya kepada Vulcan Post.

Cawangan halal kedua Tangkak Beef Noodle House di Berjaya Times Square / Kredit Gambar: Tangkak Beef Noodle House

Beliau berkata bahawa mereka juga mempunyai rancangan untuk menambahkan nombor cawangan dengan pembukaan kedai di lokasi utama seperti Central i-City Shah Alam yang dikunjungi ramai orang Melayu-Islam.

Komitmen terhadap pensijilan halal adalah penting kepada misi mereka walaupun ia proses yang mengambil masa lama dan menekankan dedikasi mereka terhadap kualiti dan keterangkuman.

Daripada amalan penyumberan bahan-bahan masak yang ketat kepada mengekalkan persekitaran yang bersih, Tangkak Beef Noodle House memastikan setiap aspek operasinya mematuhi piawaian ketat JAKIM.

Melebihi kualiti dari kuantiti

Cita-cita mereka melangkaui sempadan masakan.

“Matlamat bercita-cita tinggi kami adalah untuk menubuhkan 50 cawangan dalam tempoh lima tahun. Kami menyasarkan untuk membuka enam hingga lapan cawangan pada 2024. Pada masa ini, kami menumpukan pada pembukaan kedai di pusat-pusat membeli-belah yang terlepak di Kuala Lumpur dan Selangor.”

“Bagaimanapun, pencapaian sasaran ini bergantung pada pengurusan kewangan kami dan kebolehan untuk menarik individu berbakat dalam industri makanan dan minuman,” kata Ai Leen.

Beliau juga menjelaskan bahawa Tangkak Beef Noodle House tidak mengejar peluang francais.

Pelbagai jenis mee sup daging dihidangkan di Tangkak Beef Noodle House / Kredit Gambar: Andrew Chan dan Ekynaris

Sebaliknya, mereka sedang menggandakan komitmen mereka terhadap kawalan kualiti.

“Kami telah menyaksikan kejatuhan banyak jenama F&B disebabkan pengembangan pesat didorong oleh keuntungan jangka pendek. Kami mengutamakan pertumbuhan terkawal.”

“Kami menerima model ‘milik syarikat, kendalian syarikat’ (COCO) yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti,” kata usahawan itu.

Dengan menguruskan setiap cawangan secara langsung, Tangkak Beef Noodle House boleh mengekalkan kawalan teliti ke atas proses, ramuan dan resipi.

Menawar hidangan menu yang luas

Untuk mee supdaging ikonik mereka, mereka menawarkan pelbagai potongan daging bersama-sama dengan hidangan lain seperti Angus Beef Don. Bagi mereka yang tidak makan daging lembu, boleh juga merasa tawaran menu lain seperti mee sup ikan.

Jika anda ingin mengunjungi restorannya dalam kumpulan besar, anda boleh memilih set nilai mereka yang bermula dari RM75. Sup daging terkenalnya dan juga minuman termasuk dalam set ini.

Pelbagai potongan daging yang dihidangkan bersama dengan mee sup daging / Kredit Gambar: Tangkak Beef Noodle House

“Kami merancang untuk mengembangkan menu kami untuk memenuhi selera rasa yang berbeza, termasuk pilihan kanak-kanak,” kata Ai Leen.

Dia juga mengisyaratkan yang restorannya akan memperkenalkan mee sup kambing pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada tambahan baharu menu.

Memandangkan Tangkak Beef Noodle House terus berinovasi dan mengembangkan penawaran menunya, satu perkara yang kekal adalah komitmennya terhadap tradisi.

Dengan setiap mangkuk mee sup yang dihidangkan, mereka menjemput pelanggan untuk menikmati bukan sahaja hidangan, tetapi sebahagian daripada warisan masakan Malaysia.

  • Ketahui lebih lanjut tentang Tangkak Beef Noodle House di sini.
  • Baca artikel lain kami tentang perniagaan F&B di sini.

Kredit Gambar Feature: Au Ai Leen (kanan) bersama ayahnya, Au Ah Kuang (kiri) / Tangkak Beef Noodle House

Subscribe to our newsletter

Stay updated with Vulcan Post weekly curated news and updates.

MORE FROM VULCAN POST

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Singapore

Edition

Malaysia

Edition