fbpx
In this article

Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Cake Jalan Tiung terletak di kawasan kejiranan Seksyen 4 dan berhadapan deretan rumah teres. Sebuah permata yang agak tersembunyi, kafe dan bakeri berusia sedekad ini telah membinakan namanya di Shah Alam sebagai kedai yang menawarkan kek lazat.

Perisa kegemaran ramai, kek Karamel Masin dan Coklat, merupakan perisa khas kedainya. Walaupun ringkas, tetapi kek ini menyimpan sejarah Cake Jalan Tiung dalam setiap suapan.

Ia telah menjadi sebahagian daripada tawaran mereka sejak perniagaannya bermula secara online di rumah pada tahun 2014.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Ketika itu, Shafinaz kerap membuat roti untuk keluarga dan rakan-rakannya. Hobi ini dipelajari daripada ibunya semasa muda dan terus dipupuk walaupun telah memasuki alam pekerjaan dan perkahwinan selepas menikahi Hidzad.

Kemudian hobi ini bertukar menjadi usaha sambilan, di mana Shafinaz membuat kek untuk pelanggan pada waktu bebasnya. Pelanggannya akan membuat pesanan beberapa hari lebih awal dan mengambilnya apabila kek sudah siap.

Pada waktu itu, Shafinaz dan Hidzad tidak merancang pun untuk mengembangkan perniagaan sambilan ini. Tetapi pengalaman mereka sebagai usahawan kecil membuka peluang untuk mereka mulakan kehidupan baharu.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

“Selepas bekerja dalam bidang perbankan untuk seketika, kami menyedari yang gajinya bagus tetapi ia bukan sesuatu yang kami minat atau ingin melakukan untuk seumur hidup,” kongsi pasangan itu.

“Kami mula kehilangan motivasi untuk terus memanjat tangga koroporat untuk manfaat syarikat besar.”

Oleh itu, mereka memutuskan untuk cuba mengembangkan perniagaan kek mereka dengan pembukaan cawangan pertama di sebuah lot kedai di Seksyen 9.

Dari setahun kepada sepuluh

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kedai kek, Shafinaz dan Hidzad berhenti kerja perbankan masing-masing. Pada mulanya, mereka berfikir untuk mengusahakan kedai kek ini selama setahun. Selepas tempoh itu tamat baru mereka akan memastikan agar mahu meneruskan perniagaan tersebut atau kembali ke dunia korporat.

Tetapi mereka tidak menoleh ke belakang sejak itu.

Berkongsi dengan Vulcan Post, pasangan suami isteri itu berkata yang kedai kek ini menggabungkan kedua-dua minat dan kemahiran mereka. Shafinaz dengan minatnya terhadap pembuatan kek, dan Hidzad pula dengan kecenderungannya terhadap budaya kafe.

Sebelum kedai mereka ditubuhkan, Hidzad bekerja sambilan di beberapa kafe pada hujung minggu. Jadi pengetahuannya dalam bidang F&B agak secocok dengan usaha tersebut.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Cake Jalan Tiung bermula sebagai kafe kedai roti di mana kek dan pencuci mulut lain seperti biskut coklat, brownies dan kopi diutamakan. Dan sebaik-baiknya, mereka ingin untuk kekalkan perhatian perniagaan kepada aspek-aspek ini sahaja.

Tetapi dengan peningkatan kos bahan, Shafinaz dan Hidzad mendapati yang ia menjadi semakin sukar untuk berurusan sebagai kedai roti sahaja.

“Kami mungkin memperolehi pendapatan yang sama atau sedikit lebih tetapi ia tidak mencukupi untuk bersaing [dengan kedai lain]. Kami memerlukan item baharu dalam menu untuk meningkatkan pendapatan kami,” Shafinaz berkongsi.

Jadi Cake Jalan Tiung beralih strategi dan tambah pula makanan savuri ke dalam tawarannya.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Apabila anda mengunjungi kedainya sekarang, anda boleh menemui hidangan panas seperti Telur dan Dendeng Croissant yang dibuat dengan dendeng pedas buatan sendiri.

Perubahan ini membawa kepada peningkatan dalam jualan dan Cake Jalan Tiung menjadi agak terkenal di kalangan penduduk Shah Alam. Sehinggakan mereka menghadapi masalah dari segi ruang untuk menampung tetamu yang ramai.

Peristiwa ini membuatkan mereka sedar bahawa sudah tiba masanya untuk meningkatkan perniagaan melalui pembukaan cawangan baharu.

Menyesuaikan diri dengan trend pasaran

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Cawangan kedua Cake Jalan Tiung dibuka pada tahun 2020 di Seksyen 4.

Ia berada di tingkat bawah dan membuatkan kedainya lebih mudah dilihat oleh orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Ia juga lebih mesra OKU dan orang-orang tua yang sakit lutut.

Lama kelamaan, cawangan pertamanya menjadi kurang laksana dan jualan terbantut. Tempat letak kereta kawasan situ tidak mencukupi untuk pelanggan kerana banyak tempat telah diambil oleh trak makanan. Dan kru kedainya mendapati pelanggan berasa lebih berat hati untuk menaiki tangga ke tingkat pertama kedai Seksyen 9.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Oleh itu, mereka mengambil langkah strategik untuk menutup cawangan tersebut dan memberi tumpuan sepenuhnya pada lokasi yang lebih baharu dan besar.

Penghantaran makanan juga menjadi sebahagian besar dari perniagaan kerana citarasa pelanggan yang mengutamakan kemudahan. Ramai dari mereka memilih untuk melawat kedai yang terdapat pelbagai tawaran di satu lokasi—tempat untuk menjamu selera, menghirup kopi dan menikmati pencuci mulut yang enak.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Pada masa yang sama, Shafinaz dan Hidzad terpaksa menumpukan lebih banyak usaha untuk memasarkan jenama tersebut.

“Saya rasa untuk mengembangkan jenama pada platform onlinesecara organik lebih sukar kerana potensi untuk dilihat oleh pelanggan agak terhad,” mereka kongsikan. Apatah lagi algoritma media sosial yang sentiasa berubah.

Kini, pasangan suami isteri milenial tersebut mengikuti langkah ramai peniaga yang lain dan telahpun menyertai TikTok untuk menyebarkan berita tentang kafe mereka.

Kerjasama membuat impian jadi nyata

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Dalam 10 tahun menjalankan Cake Jalan Tiung, terdapat beberapan pembelajaran yang sentiasa dalam ingatan kedua-dua pengasas. Salah satu darinya ialah pasukan yang baik terdiri daripada orang yang mempunyai perwatakan yang baik.

“Hampir semua kemahiran yang diperlukan untuk melakukan kerja di sini boleh diajar. Kami mempunyai sebilangan besar orang yang tidak pernah memasak secara profesional atau mempunyai pendidikan di dalamnya. Mereka bekerja dengan baik sebagai sebahagian daripada pasukan,” kongsi mereka.

Apa yang sebenarnya penting ialah sikap mereka terhadap pembelajaran dan cara mereka menyesuaikan diri untuk bekerjasama dalam kumpulan.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung

Shafinaz juga berkongsi bahawa mereka pernah meneliti pelbagai lokasi untuk membuka cawangan lain Cake Jalan Tiung. Tetapi setiap kali hasrat ini tidak menjadi.

“Saya rasa jauh di lubuk hati kami, motivasi kami sentiasa untuk menjalankan kafe kedai roti artisanal yang ringkas. Konsep ini mengharuskan kami untuk memberi tumpuan kepada pemilihan lokasi, suasana dan komuniti sekelilingan,” katanya.

Mereka berharap suatu hari nanti dapat membuka cawangan di luar negeri, sebaik-baiknya di bandar yang kecil seperti Kuantan.

Tetapi kalau tidakpun, pasangan suami isteri ini berpuas hati dengan “bakeri kecil” ini yang membolehkan mereka mengikuti gaya hidup diimpikan.

Kredit Gambar: Cake Jalan Tiung
  • Ketahui lebih lanjut tentang Cake Jalan Tiung di sini.
  • Baca artikel lain tentang startup Malaysia di sini.

Kredit Gambar Featured: Cake Jalan Tiung

Subscribe to our newsletter

Stay updated with Vulcan Post weekly curated news and updates.

MORE FROM VULCAN POST

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Singapore

Edition

Malaysia

Edition