fbpx
In this article

Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Bagi sesetengah orang, keusahawanan bermula dengan kisah inspirasi dan cita-cita.

Walau bagaimanapun, kadangkala, keusahawanan boleh berpunca daripada keperluan.

Begitulah kisah di sebalik Itek Itik, restoran itik panggang halal di Damansara Jaya.

Mengimbangi peranan sebagai ibu tunggal & keusahawanan  

Lama dahulu, Mandy Tong mempelajari reka bentuk dalaman. Tetapi selepas berkahwin, dia menjadi suri rumah.

Dan dia kekal sebagai suri rumah untuk beberapa tahun, bertungkus lumus menjaga rumah tanpa mengenal penat lelah. Jadi, apabila Mandy bercerai, dia ditinggalkan dalam keadaan yang sukar kerana tiada pengalaman pekerjaan.

Untuk memburukkan situasinya lagi, dia juga mempunyai dua anak lelaki di bawah penjagaannya.

Kredit Gambar: Itek Itik

Sebagai ibu tunggal, dia memerlukan masa untuk menjaga anak-anaknya. Ini menjadi salah satu faktor yang menghindari majikan dari mengupah Mandy kerana mereka memandangkan peranannya bagai satu liabiliti.

Oleh itu, kerana terdesak untuk menjaga anak-anaknya, dia mengambil risiko dan memulakan perniagaannya sendiri.

“Saya tidak mempunyai pilihan lain pada masa itu,” katanya. “Jika saya mencari pekerjaan, tiada siapa yang akan mengambil saya.”

Walaupun dia tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja secara formal, Mandy mempunyai kemahiran memasak. Inilah yang dia gunakan ketika membuka restoran Cina di Kota Kemuning bernama Gather Gather Kitchen (tidak halal).

Kini berusia 17 dan 20 tahun, dia berkongsi bahawa dua anak lelakinya telah membesar menjadi anak soleh.

Tetapi walaupun anak-beranak ini telah matang, mereka dulu berumur 7 dan 10 tahun masing-masing. Jadi Mandy dulu perlu menguruskan masanya dengan elok untuk pastikan perniagaan dan darah dagingnya dijaga elok.

Pengurus restoran itu mengakui bahawa beliau pernah terlupa untuk mengambil anak lelakinya dari sekolah. Maka dia terpaksa mengaturkan perkhidmatan orang lain untuk menghantar mereka pergi dan balik ke sekolah.

Pada masa yang sama, dia juga mendapatkan pertolongan seorang pembantu rumah yang menjadi “ibu kedua” kepada anak-anaknya. Dari segi pengajian pula, Mandy tidak melepaskan tangan. Dia sentiasa berhubung dengan guru-guru mereka agar anak-anaknya tidak ketinggalan dalam kelas.

“Saya perlu ingat bahawa saya perlu pulang ke rumah tepat pada masanya sebelum mereka tidur, dan saya perlu mencari masa untuk berbincang dan menasihati mereka,” katanya. “Saya akan pastikan kita keluar untuk masa keluarga setiap minggu.”

“Cara saya mengimbangi peranan saya di rumah adalah dengan membuat pengaturan yang baik demi kesejahteraan anak-anak saya.”

Mengekalkan keaslian walaupun berinovasi

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Mandy memulakan jenama baharu dengan kejayaan Gather Gather Kitchen.

Kredit Gambar: Itek Itik

Mandy berkongsi bahawa selama bertahun-tahun mengusahakan restorannya di Kota Kemuning, beliau mendapat komen daripada rakan-rakan Melayu yang mengatakan mereka menggemari itik panggang tetapi tidak mudah untuk cari versi halal

Ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuka restoran Cina halal yang mengkhusus pada itik panggang.

Walaupun Mandy sendiri tidak mempunyai pengalaman F&B rasmi semasa, ibunya dulu mengusahakan gerai di pasar Pudu menjual itik panggang.

Resepi ibunya inilah yang Mandy gunakan dan mengubah suai sikit untuk menyesuaikan kepada citarasa orang tempatan termasuklah pelanggan-pelanggan Muslimnya.

Kredit Gambar: Itek Itik

Beberapa menu unik di Itek Itik hari ini termasuklah kari itik panggang, lemak itik, rendang itik dan kari itik roti pandan.

Dia juga mencipta hidangan gabungan, seperti kari chee cheong fun dengan itik panggang, itik panggang selasih Thai dan banyak lagi.

Selain dari hidangan itik, restorannya turut menawarkan hidangan seperti ketam mentega kam heong, ketam cili, ayam buttermilk, ayam masam manis, kari kepala ikan, sotong telur masin dan banyak lagi.

Image Credit: Itek Itik

Memupuk semangat muhibah

Sejak awal lagi, Mandy mengambil berat tentang status halal Itek Itik. Untuk mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM , beliau sangat prihatin dengan bahan-bahannya dan memastikan yang pembekal mereka disahkan halal.

Bagaimanapun, Mandy menegaskan semasa temu bual kami bahawa Itek Itik bukan hanya untuk pengunjung Melayu dan Islam.

“Saya mahu ia untuk semua rakyat Malaysia,” jelasnya. “Malaysia adalah tempat tinggal kepada banyak kaum. Kami berbilang kaum, jadi saya mahu semua orang boleh mencuba dan makan itik panggang kami. Ini adalah visi saya.”

Beliau menegaskan bahawa semua kaum boleh menikmati hidangan asli Malaysia seperti nasi lemak, daun pisang dan banyak lagi.

Kredit Gambar: Itek Itik

Walaupun pemikiran inklusifnya patut dipuji, kami tertanya-tanya sama ada dia, sebagai seorang usahawan bukan Islam, pernah bimbang tentang komen yang mungkin menuduh perniagaannya cuba mengaut keuntungan daripada demografi Muslim.

Apabila ditanya mengenai perkara ini, Mandy tidak bersetuju dengan sekeras-kerasnya dan tidak bimbang tentangnya.

“Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia percaya kepada perpaduan,” katanya. “Kami tidak rasis, we live in muhibah. Dan dalam hati kami, kami semua rakyat Malaysia.”

Berbalik kepada akar umbinya

Apabila ditanya hala tuju masa depan untuk perniagaan halal ini, Mandy berkongsi dengan kami tentang ideanya untuk Itek Itik Express.

Dia berminat untuk bekerjasama dengan individu-individu lain seperti ibu tunggal untuk membuka kedai lain seperti Itek Itik.

“Saya pernah menjadi ibu tunggal. Saya tahu betapa sukarnya apabila anda keluar dari alam perkahwinan tanpa keyakinan, tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan, tetapi perlu memberi makan kepada anak-anak anda,” katanya.

“Anda sesat, tetapi anak-anak perlu dijaga, dan anda tidak dapat mencari pekerjaan pejabat yang biasa kerana perlu menjaga anak-anak.”

Oleh itu, dengan menggunakan model perniagaan perkongsian untung, dia dapat membolehkan ibu-ibu tunggal lain membuka Itek Itik di kiosks atau trak makanan.

Kredit Gambar: Itek Itik

“Dengan izin tuhan, saya ingin memajukan Itek Itik cara ini,” katanya.

I want muhibah, where everyone can eat,” kongsi Mandy. “Selagi anda suka itik, selagi anda mempunyai keinginan untuk mencuba itik, anda boleh datang dan mencubanya.”

  • Ketahui lebih lanjut tentang Itek Itik di sini.
  • Baca artikel lain kami tentang perniagaan F&B di sini

Kredit Gambar Feature: Itek Itik

Subscribe to our newsletter

Stay updated with Vulcan Post weekly curated news and updates.

MORE FROM VULCAN POST

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Singapore

Edition

Malaysia

Edition