fbpx
In this article

Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Walaupun tidak pernah dalam rancangan asalnya, bekas arkitek bernama Zuhair Shaid memulakan Reka Baka, sebuah perniagaan kek yang mempunyai rekaan rumit. Bagaimanapun, beliau dah lama mempunyai minat ini dan pengalamannya juga tidak pendek.

Waktu zaman kanak-kanaknya, warga Johor itu pernah membantu neneknya membuat kuih tradisional di rumah. “Setiap kali tiba bulan Ramadhan atau Hari Raya, saya pasti teruja. Saya selalu meminta ibu untuk membelikan bahan-bahan untuk membuat kuih,” kenangnya kepada BASKL.

Minat ini tidak pernah meninggalkannya dan menjadi cara Zuhair melepaskan tekanan semasa belajar di Universiti Malaya. Selama lapan tahun, dia menuntut ilmu dalam bidang seni bina, dari tahap asas hinggalah mendapat ijazah sarjana.

Zuhair sering membuat kek untuk kawan-kawan dan pensyarahnya sebagai hobi. Namun, suatu hari, seorang kawan mendekatinya untuk membuat kek perkahwinannya. Kejadian itulah yang mulakan usahanya dalam bidang pembuatan kek.

Kredit Gambar: Reka Baka

“Tempahan mula masuk pada masa itu, dan saya terpaksa menyesuaikan jadual pembuatan kek dengan tesis reka bentuk dan masa studio saya,” katanya kepada BASKL.

Permulaan kerjaya yang baharu

Sehingga 2019, ketika dia bekerja sebagai Arkitek Reka Bentuk di firma seni bina, dia melancarkan Reka Baka.

Tahun 2019 dia melancarkan Reka Baka secara rasminya. Ketika itu, Zuhair masih bekerja sepenuh masa sebagai seorang arkitek reka bentuk di sebuah firma seni bina.

Tetapi mengendalikan kerjaya profesional dengan kesibukan perniagaan sampingan itu boleh meletihkan sesiapa sahaja. Dan Zuhair akhirnya merasakan kesannya pada tahun 2022.

Kredit Gambar: Reka Baka

“Kehidupan bekerja memang mencabar, terutamanya dengan tarikh akhir yang singkat apabila terlibat dalam cadangan reka bentuk (seni bina) di peringkat awal,” kongsi Zuhair dengan Vulcan Post.

“Walaupun saya dapat menyampaikan hasil kerja dan cadangan yang memuaskan jangkaan bos saya. Tetapi apabila sampai tahap tertentu, saya merasa terlalu letih dan burnt out.”

Bekerja hampir 24/7 setiap minggu untuk mengejar kedua-dua minatnya menjadi terlalu membebankan, baik dari segi fizikal maupun mental. Beliau menghabiskan masa sehingga lima jam setiap malam untuk membuat kek. Ini tidak lagi mengira kesibukan pekerjaan profesionalnya.

Akhirnya, dia terpaksa membuat keputusan sulit, iaitu untuk memilih satu laluan dan meninggalkan kerjaya yang lain. Begitulah kisah Zuhair tinggalkan bidang seni bina untuk menjadi seorang pembuat kek sepenuh masa di Reka Baka.

Adakah ia kek atau rekaan seni?

Apabila melihat lama Instagram Reka Baka, anda akan mendapati yang kek-kek yang dibuatnya bukanlah kek yang biasa.

Kredit Gambar: Reka Baka

Mengambil inspirasi dari sekelilingnya,hasil ciptaan Zuhair menampilkan reka bentuk yang rumit dan menakjubkan. Bahkan, kek bunga biasa pun tampak lebih anggun setelah sentuhan magisnya.

Bekas arkitek itu mendedahkan bahawa dia terus mempelajari gaya dekorasi yang baru dari semasa ke semasa, kadang-kala dari rakan kongsi dalam industri roti manakala yang lain ciptaannya sendiri.

Kebanyakan reka bentuk ini menggunakan bahan-bahan seperti pes gula yang boleh dimakan, fondant, dan kertas beras untuk bahagian luarannya. Mendengari ini, anda mungkin tertanya-tanya tentang rasanya.

Lagipun, kek bukan sekadar paparan visual, ia juga pencuci mulut untuk dinikmati.

Dia berkongsi bahawa rasa fondant dan pes gula seperti marshmallow, manakala kertas beras pula agak tawar. Bagi bahagian dalam kek, dia biasanya menggunakan krim mentega meringue Itali dan ganache coklat untuk kestabilan dan memberikan “penutup lapisan luar yang sempurna”.

Kredit Gambar: Reka Baka

“Sebagai sebahagian daripada prinsip kami, kami ingin kek kami bukan hanya kelihatan cantik dan stabil, tetapi juga lazat di dalamnya,” kata pembuat kek itu.

Pada masa yang sama, dia mengakui bahawa tidak semua orang menyukai rasa dan tekstur fondant.

“Walaupun fondant boleh dimakan, bagi saya ia sebenarnya tidak dimaksudkan untuk dimakan, sama seperti pes gula dan kertas beras. Ia hanya berfungsi sebagai medium penutup kek, memberikannya perlindungan dan digunakan untuk tujuan hiasan,” katanya.

Justeru, Zuhair mengesyorkan agar pelanggan-pelanggannya memotong kek dan megelupas lapisan fondant atau lapisan luar buttercream sebelum menikmati kek tersebut.

Rekaan kek untuk semua jenis majlis

Kredit Gambar: Reka Baka

Buat masa ini, Reka Baka menawarkan dua jenis pakej kek untuk mereka yang ingin memiliki dan merasai secebis hasil ciptaan Zuhair.

Petite Package-nya sesuai untuk majlis perkahwinan intim dan terdiri daripada satu hingga tiga peringkat tambahan. Harganya bermula dari RM230 untuk kek satu tingkat, dan boleh mencecah lebih dari RM720 untuk kek tiga tingkat.

Untuk majlis yang lebih besar dan megah, Grand Package-nya mungkin lebih sesuai. Pakej ini bermula dari kek tiga tingkat dengan harga yang bermula dari RM1,150. Kek paling tinggi dalam pakej ini adalah tujuh tingkat dan harganya pula bermula dari RM6,150.

Menjelaskan kepada kami, Zuhair berkata yang kek-kek di bawah Grand Package tidak boleh dimakan sepenuhnya. Sebaliknya, ia adalah kek bertingkat dummy untuk hiasan. Dalamnya pula tersembunyi sebuah potongan kek betul untuk upacara pemotongan. di mana kepingan kek tersembunyi untuk upacara pemotongan. Tetapi jangan risau, kek bersaiz empat segi akan disediakan untuk tetamu menjamu selera.

Namun, jika anda lebih suka kek sebenar dari hujung rambut hingga hujung kaki, Zuhair boleh sahaja membuatnya mengikut kesesuaian anda.

Kredit Gambar: Reka Baka

Setelah saiz kek dipilih, pelanggan boleh mula menghasilkan beberapa idea reka bentuk. Idea ini tidak perlu konkrit kerana peranan Zuhair adalah untuk membantu menyempurnakannya dan menjadikan reka bentuk anda menjadi kenyataan.

Setelah reka bentuk kek ditetapkan, timbullah persoalan tentang rasa pencuci mulut tersebut.

Perniagaan kek berasaskan rumah ini menawarkan senarai perisa kek yang menarik untuk dipilih. Antara perasa terlarisnya adalah kek lemon dengan dadih lemon dan beri biru, serta kek pistachio dengan krim mentega pistachio dan raspberi.

Beberapa resipi ini berasal dari kelas-kelas membuat kek, manakala yang lain diubahsuai daripada apa yang Zuhari menemui di internet.

Pelanggan disarankan untuk membuat tempahan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh penghantaran, tetapi tempoh tiga bulan sebelum acara adalah pilihan yang lebih baik. Jika majlis perkahwinan anda dijangka dalam masa setahun, tempahan juga boleh dibuat sekarang.

Walau bagaimanapun, sila mengambil perhatian bahawa deposit sebanyak 50% diperlukan semasa membuat tempahan anda. Baki bayaran penuh kek pula perlu dijelaskan dua minggu sebelum tarikh penghantaran.

Kredit Gambar: Reka Baka

Mengambil satu langkah pada satu masa

Bercakap terus terang kepada Vulcan Post, Zuhair berkongsi bahawa dia tiada rancangan konkrit apabila membuat keputusan untuk tinggalkan dunia seni bina demi mengusahakan Reka Baka. Apa yang dia sedar pada waktu itu adalah minatnya dalam bidang tersebut sudah pudar, terutamanya setelah mengalami rutin bekerja yang panjang dan gaji yang rendah.

Bukan itu sahaja, malah dia berasa agak kecewa sering kali terpaksa menolak peluang kerja kek, terutamanya untuk majlis perkahwinan.

Kini, dengan lebih banyak masa lapang, dia mampu mengendalikan jumlah pesanan yang lebih tinggi walaupun masih bekerja secara individu. Dari hanya tiga hingga empat kek seminggu sebelum ini, pembuat kek ini kini menerima sehingga 10 tempahan dalam satu masa.

Namun, kadang-kala dia akan mengabil bantuan pekerja sambilan untuk menangani minggu-minggu yang lebih sibuk.

Kredit Gambar: Reka Baka

“Walaupun ia menarik untuk memastikan pesanan terus mengalir, selepas beberapa ketika, saya rasa saya perlu untuk berundur sejenak dan mengambil masa untuk menganalisis. Saya menganggap tiga tahun pertama ini sebagai perjalanan kajian rintis untuk memberi saya pengalaman menjadi seorang usahawan.”

Dengan itu, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Zuhair dalam perjalanan keusahawanannya dan semoga berjaya dalam semua yang dirancangnya.

  • Ketahui lebih lanjut tentang Reka Baka di sini.
  • Baca artikel lain kami tentang perniagaan F&B di sini.

Kredit Gambar Featured: Reka Baka

Subscribe to our newsletter

Stay updated with Vulcan Post weekly curated news and updates.

MORE FROM VULCAN POST

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Vulcan Post aims to be the knowledge hub of Singapore and Malaysia.

© 2021 GRVTY Media Pte. Ltd.
(UEN 201431998C.)

Singapore

Edition

Malaysia

Edition